Kuching, 21 Mac 2019: Yang Dipertua ABIM Sarawak, Sdr. Muhammad Hazim Azhari, telah menyantuni kunjungan Yang Dipertua ABIM Negeri Pahang, Encik Mohamad Hisyamuddin Baharudin ke Kuching, Sarawak.
Turut bersama dalam pertemuan tersebut adalah yang Dipertua Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS), Sdr. Muhammad Zhariff Azhari.
Encik Hisyamuddin yang juga merupakan pensyarah kanan Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS) hadir ke Kuching atas urusan lawatan kerja. Dalam kesempatan yang singkat itu, beliau mengambil kesempatan bertemu teman-teman seperjuangan dalam ABIM di negeri ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan