Kem Citra Soleh-Solehah Siri-6 Didik Kanak-kanak Jati Diri Muslim


Kuching, 28 Mac 2019: ABIM Negeri Sarawak bersama Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) dan TASKI ABIM Sarawak telah dengan jayanya menganjurkan Kem Citra Soleh Solehah (KCSS) Siri ke-6, bertempat di Ibu Pejabat TASKI ABIM, Tmn. Sri Wangi. Kem cuti sekolah yang mensasarkan penyertaan pelajar-pelajar sekolah rendah ini berlangsung selama tigahari iaitu bermula pada 26 Mac dan berakhir pada 28 Mac 2019.
Seramai 80 orang menyertai kem cuti sekolah ini, dengan dikendalikan oleh para fasilitator dan panitia daripada para pelajar sekolah menengah dan mahasiswa IPT.
Dengan bertunjangkan empat kebitaraan: ‘Jati Diri’, ‘Asas Agama’, ‘Potensi’ dan ‘Adab’ (JAPA), KCSS dikendalikan dengan pelbagai aktiviti menarik dan menyeronokkan dengan matlamat menyemai benih-benih keunggulan dan kebitaraan dalam kalangan peserta.










TAG