Komited dengan Agenda Umat: Delegasi ABIM Sarawak di Tamrin Qiyadi Kebangsaan


Ipoh, 24 Mac 2019: ABIM Sarawak telah berperanserta dalam Tamrin Qiyadi Kebangsaan, anjuran ABIM Pusat. Program yang bermula sejak 22 Mac 2019 itu menghimpunkan kesemua wakil kepemimpinan ABIM di peringkat Negeri seluruh Malaysia bagi sama-sama merencana, menyusun strategi, mendapatkan input dan berkongsi pandangan dan pengalaman dalam konteks kegiatan, program dan strategi ABIM seluruh Malaysia.
Dalam platform ini, para pimpinan ABIM dilatih untuk mencintai budaya ilmu, berfikir kritis, ikhlas, menguatkan kerohanian, tidak cinta dunia dan jawatan dan berkhidmat untuk masyarakat.
Tamrin Qiyadi atau Pelatihan Kepemimpinan kali ini dianjurkan di Ipoh, Perak dengan penglibatan lebih 200 orang perwakilan negeri berkuota seluruh negara.
Para perwakilan ABIM Sarawak terdiri daripada:
1. Mohammad Fazril bin Mohd Saleh (Setiausaha ABIM Sarawak);
2. Muhammad Qhidir bin Mat Isa (Exco Perhubungan Wilayah ABIM Sarawak);
3. Muhammad Mustaqim Din Bin Azhar (Exco ABIM Bintulu);
4. Mohamad Raufa Irman bin Hj. Abdul Raub (Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak);
5. Awang Syazuan Shafiq Bin Awang Jaya (Penolong Setiausaha ABIM Sarawak);
6. Mohamad Rahmat bin Jamali (Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak);
7. Rizwandi bin Junaidi (Exco ABIM Daerah Bintulu);
8. Mohd Raufa Aminuddin bin Abd Raub (Exco Kepenggunaan ABIM Sarawak);
9. Muhammad Zhariff bin Azhari (Exco Regenerasi ABIM Sarawak).
Sebahagan perwakilan ABIM Negeri Sarawak berangkat daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan sebahagian lagi berangkat daripada Lapangan Terbang Sibu, menuju Kuala Lumpur (KLIA) pada 21 Mac 2019. Setibanya di sana, para perwakilan ABIM Sarawak menaiki bas menuju Ipoh untuk ke tapak perkhemahan program D' Lereng, Kampung Ulu Chepor, Chemor.
Pengisian hari pertama membahaskan konsep kepemimpinan dan perjuangan dalam ibrah surah al-Ahzab. Sesi ini diteraju Timbalan Presiden ABIM Encik Khairul Anwar Ismail dan Naib Presiden HELWA ABIM Puan Norazura Kamaruddin Sohami.
Hari Kedua ditandai dengan kegiatan qiamullail, dilanjutkan dengan kegiatan kecergasan, mendaki bukit dan ujian berhalangan. Selanjutnya delegasi bersiap-siap untuk program bersama masyarakat di Masjid Muhammadiah (Masjid Cina) Ipoh.
Gotong-royong memasak bubur lambuk diadakan pada petang tersebut, kemudiannya pengagihan barang-barang dapur dan bahan memasak kepada golongan asnaf.
Sesi petangnya diteruskan dengan slot khas bersama Setiausaha Agung ABIM Pusat dan para pimpinan. Pada malamnya, sesi forum khas dilangsungkan di Masjid tersebut dengan membawakan topik "Fiqh Ta'ammul dalam Masyarakat Majmuk". Forum diteraju oleh Exco Dakwah ABIM Pusat Ustaz Mohd Shazni dan panel terdiri daripada Ustaz Mohammad Fazril Saleh (ABIM Sarawak), Ustaz Nabil Majdi Arip (ABIM Perak) dan Cik Fatin Majdina (Helwa ABIM Pusat). Agihan bubur lambuk juga dibuat usai forum.
Hari terakhir di tamrin qiyadi menampilkan slot kuliah Subuh oleh Tuan Haji Mustafa Bakar Timbalan Pengerusi WADAH Negeri Perak, slot kepemimpinan Rasulullah diteraju oleh Ustaz Naim Noor dan Amanat Presiden oleh Tn Haji Mohd Raimi Ab Rahim.










































TAG