Kunjungan ABIM Sarawak ke Masjid Raya Mujahidin, Majlis Adat Budaya Melayu dan Tugu Khatulistiwa


Pontianak, 02 Mac 2019: Di samping menjalin hubungan persaudaraan dan kerjasama dengan pelbagai organisasi Islam di Pontianak, ABIM Sarawak yang diwakili setiausahanya Mohammad Fazril bin Mohd Saleh juga mengunjungi beberapa lokasi menarik yang menjadi tumpuan pelnacongan di Pontianak.
Antara yang sempat dilawati adalah Masjid Agung Mujahidin, Rumah Majelis Adat dan Budaya Melayu (MABM), dan juga Tugu Khatulistiwa.
Masjid Raya Mujahidin yang berlokasi di Jalan Jendral Ahmad Yani, Kecamatan Pontianak Selatan, ini merupakansuatu mercu tanda kerjasama umat Islam di Pontianak yang berhasil membangun sebuah masjid multifungsi yang megah, dinamakan dengan nama 'Mujahidin'. Masjid ini dirasmikan mantan Presiden Republik Indonesia, Soeharto pada 23 Oktober 1978 bersamaan 20 Zulqaidah 1398 yang juga bertepatan dengan Hari Ulangtahun ke-207 Kota Pontianak.
Majelis Adat Budaya Melayu Kalimantan Barat (MABM-KB) di Pontianak pula dibentuk atas dasar rasa cinta warga Melayu terhadap adat budaya Melayu dan bagi melestarikan kebudayaan Melayu itu sendiri. Selain itu, ia diharapkan mampu untuk meneruskan adat istiadat dari generasi ke generasi sekaligus menunjukan eksistensi akan budaya Melayu di Indonesia.
Tugu khatulistiwa pula adalah tugu yang menandakan perlintasan garis khatulistiwa (equator). Istimewanya, hanya ada 12 negara di dunia yang dilintasi garis pemisah bumi utara dan selatan tersebut, dan menariknya hanya ada satu lokasi yang secara tepat dilintasi oleh garis tersebut, iaitu Pontianak.









TAG