Pentadbiran Agama di Kalimantan Barat: ABIM Sarawak Kunjungi KANWIL KEMENAG KALBAR


Pontianak, 01 Mac 2019: ABIM Negeri Sarawak telah berkunjung ke Kantor Wilayah Kementerian Agama (KANWIL KEMENAG) Kalimantan Barat, Republik Indonesia, dekat sini.
Dalam kunjungan singkat itu, ABIM Sarawak yang diwakili Mohammad Fazril bin Mohd Saleh selaku setiausahanya sempat beramah mesra dengan Kepala Kantor KANWIL KEMENAG KALBAR, Bapak Haji Ridwansyah dan Kepala Bidang Urusan Agama Islam dan Pembinaan Syariah, Bapak H. Syahrul.
Selain membahaskan perihal dakwah dan pentadbiran Islam dalam masyarakat di Borneo-Kalimantan, Kepala Kantor KANWIL KEMENAG KALBAR juga berhasrat untuk melanjutkan kerjasama dengan ABIM Sarawak dan otoriti agama di Negeri Sarawak.
Dalam kesempatan tersebut, ABIM Sarawak turut menghadihkan dua buah buku terbitan ABIM yang dikelolakan oleh ABIM Sarawak iaitu "Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak" dan "Nasihat al-Muluk dan Etika Kepemimpinan Belia Islam".
Mohammad Fazril juga sempat menyaksikan sebahagian sesi pelatihan Imam dan Khatib yang dilangsungkan di kompleks pejabat yang sama.


TAG