Penyelaras Global Peace Mission Sarawak di Induksi Kebangsaan GPM


Kuala Lumpur, 17 Mac 2019: Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak, Ustaz Mohamad Raufa Irman bin Haji Abdul Raub merangkap Exco Negeri Sarawak bagi Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah berperanserta dalam Induksi Kebangsaan GPM tahun 2019, bertempat di Ibu Pejabat GPM, Wangsa Maju, dekat sini.
Beliau yang juga ditemani Exco Perhubungan Wilayah, Sdr. Muhammad Qhidir Mat Isa berkampung di Kuala Lumpur selama tiga hari bagi menyelaras gerak kerja bantuan kemanusiaan untuk digerakkan di seluruh negara.
Sesi induksi diteraju oleh Ketua Pegawai Eksekutif GPM, Encik Ahmad Fahmi Mohd Samsuddin. Lebih membanggakan, salah satu produk ABIM Sarawak yang telah dilangsungkan iaitu Malam Nurani Insaniah Sarawak (MANIS) turut mendapat pengiktirafan dan konsepnya akan dikembangkan ke seluruh negara melalui platform GPM.





TAG