Kuching, 27 Mac 2019: Angkatan rijal ABIM Negeri Sarawak terus komited dengan agenda tarbiyah dan keintelektualan dengan melanjutkan rutin saban minggu menganjurkan usrah rijal. Usrah atau program perbincangan mingguan yang berbentuk kekeluargaan ini telah masuk siri ke-7 bagi sesi kepemimpinan 2018/2019.
Usrah adalah program perbincangan ilmu dan isu semasa berkala (mingguan) dalam kalangan pimpinan belia Islam. Usrah Rijal siri-7 telah diadakan di Sekretariat ABIM Sarawak (SASAR) Taman Sri Wangi, dekat sini.
Usrah Rijal kali ini membawakan al-Fadil Ustaz Amir Ridhwan bin Abdullah, Pegawai Agama Islam Bahagian Kapit sebagai pembicara utama. Beliau yang juga merupakan aktivis ABIM Sarawak pernah menjawat posisi sebagai Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak.
Beliau merupakan seorang 'revert' yang berbangsa Iban dan telah melalui laluan berliku dalam pengembaraan mencari hidayah dan kebenaran.
Acara bermula selepas Solat Isyak dengan bacaan zikir al-Mathurat yang menjadi tradisi warga ABIM dalam memulakan pertemuan. Majlis diteraju Timbalan Yang Dipertua ABIM Negeri, Ustaz Mohamad Raufa Irman Abd Raub.
Kemudiannya, acara dilanjutkan dengn pembahasan ayat-ayat al-Quran terpilih dipimpin oleh Ustaz Mohamad Raufa Irman Abd Raub, Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak.
Usai tadabbur ayat-ayat suci al-Quran, al-Fadil Ustaz Amir menyampaikan ucapan sambutan dan pengisian dalam bentuk pengalaman dan pesan-pesan.
ABIM Sarawak merencana kerjasama dengan beberapa pertubuhan sukarelawan yang lain untuk misi bantuan dan silaturrahim di Kapit, sekitar September 2019 nanti.

Tiada ulasan
Catat Ulasan