ABIM Daerah Kuching Berperanserta Jayakan MPBN Kuching


Kuching, 13 April 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Daerah Kuching telah berperanserta dalam Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) peringkat bahagian Kuching, bertempat di Bilik Mesyuarat UTC Kuching, dekat sini.
ABIM Daerah Kuching diwakili oleh Sdr. Muhammad Hazim Azhari dan Awang Syazuan Shafiq Awang Jaya.
Majlis perundingan ini merupakan platform bagi para belia menyuarakan pendapat, masalah dan usul untuk diangkat supaya dapat menjadi perhatian pihak berwajib khususnya kerajaan.
Bagi MPBN Bahagian Kuching kali ini, persidangan dipengerusikan oleh wakil Residen Bahagian Kuching, Tuan Tazudin Mokhtar.
Dalam ucaptama yang beliau sampaikan, Tuan Residen menekankan tiga aspek penting dalam pembentukan belia iaitu:
1. Belia pencetus perubahan
2. Mendepani cabaran dunia digital
3. Keboleh pasaran belia (pekerjaan & pengangguran)

Persidangan diteruskan dengan menampilkan dua pembentangan kertas kerja daripada agensi kerajaan yang terbabit. Antara lain, pembentangan oleh Dr. Intan Rahmah berkaitan permasalahan gejala sosial dalam kalangan belia khususnya dalam kawasan Bahagian Kuching.
Beberapa statistik umum dibentangkan berhubungan perkara tersebut. Antaranya:
=========================
- Kes Dadah : Jumlah penagih di Daerah Kuching, Bau dan Padawan adalah seramai 4757 orang, 42.85%
- Banduan muda seramai 212 orang, 53%
- Penghidap penyakit kelamin;
i. HIV seramai 40% belia antara 20-29 tahun bagi tahun 2015-2017
ii. Gonorrhoea seramai 77% belia antara 13-29 tahun bagi tahun 2015-2017
iii. Syphilis seramai 40+% belia antara 13 -29 tahun bagi tahun 2015-2017
- Kes remaja hamil di Sarawak seramai 2153 kes pada tahun 2018
~ Untuk Bahagian Kuching;
2017 : 372 kes; 2018 : 556 kes
~ peningkatan sebanyak 184 kes

-Hal Perkahwinan & Perceraian
~ terdapat peningkatan kes keganasan rumah tangga tidak termasuk yang tidak dilaporkan
~ antara puncanya adalah penyalahgunaan dadah, disyaki curang, ketagihan alkohol dan lain2
~ Bilangan kes Keganasan Rumah Tangga : Kuching 82 kes ; Miri 170 kes (tertinggi di Sarawak)

-Kes Jenayah Rogol
Dapatan kes menyatakan bahawa jenayah dilakukan oleh orang yang dikenali mangsa
i. 45% Teman Lelaki
ii. 28% Kenalan

~ punca utama daripada media sosial
- Kesihatan Mental
Statistik menunjukkan bahawa negeri Sarawak antara yang tertinggi mempunyai penduduk yang mempunyai masalah kesihatan mental termasuk stress.
~ Adult Mental Health kedudukan yang ke 4 tinggi,!35.8%
~ Child & Adolescene Mengal Health berada kedudukan no 1 iaitu sebanyak 16%

-Masalah Gelendangan
~Tahun 2016, sebanyak 9 daripada 43 kes (21%) merupakan golongan belia.
~ Tahun 2017, sebanyak 11 daripada 84 kes (13%) merupakan golongan belia

=========================
Majlis diteruskan dengan perbahasan dan pengangkatan usul daripada para perwakilan belia dalamBahagian Kuching.





















TAG