Kuching, 07 April 2019: ABIM Negeri Sarawak telah berperanserta dalam Majlis Makan Malam Perpisahan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Neegri Sarawak, Encik Mohd Nizam Ismail yang dianjurkan oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak.
Encik Mohd Nizam bakal meninggalkan bumi Sarawak untuk memulakan tugas dan cabaran baru sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi Latihan), Patriotisme (Biro Tatanegara), Kementerian Belia dan Sukan, Putrajaya bermula 10 April 2019.
Berasal yang berasal dari Negeri Perak telah berkhidmat selama 24 tahun di Kementerian Belia dan Sukan dalam pelbagai teras perkhidmatan termasuklah di Daerah, Negeri, Bahagian Belia, Bahagian Sukan, Bahagian Kemahiran, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Akedemi Pembangunan Belia Malaysia (APBM).
Malah, beliau telah mencipta sejarah tersendiri apabila dilantik menjadi Pengarah IKBN Pertak diusia 34 tahun. Kecemerlangan kepimpinan beliau diteruskan sebagai Pengarah IKBN Alor Gajah selama enam tahun, Pengarah Cawangan Paralimpik, Pengarah APBM Port Dickson, Pengarah Cawangan Kepimpinan Sahsiah, Pengarah IKBN Miri dan yang terakhir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak selama satu tahun lima bulan, sebelum memperoleh kenaikan pangkat daripada Gred S54 ke Gred Jusa C yang membawa beliau menyandang jawatan baharu kelak.
Seluruh warga ABIM Sarawak mengucapkan selamat maju jaya kepada Encik Mohd Nizam Ismail.
Tiada ulasan
Catat Ulasan