ABIM Sarawak Iringi MBS Rai Anak Sabah di Sarawak


Kuching, 25 April 2019: Majlis Belia Sabah (MBS), sebuah pertubuhan belia utama yang menaungi kesemua pertubuhan belia di Sabah telah berkunjung ke Kuching dan Kota Samarahan Sarawak dalam rangka lawatan kerja selama empat hari.
Dalam kesempatan lawatan kerja ini, Majlis Belia Sabah telah menganjurkan pertemuan dengan warga Sabah yang menuntut di Institusi Pengajian Tinggi di sekitar Kuching dan Kota Samarahan.
Seramai hampir 100 orang anak-anak Sabah menghadiri acara yang dilangsungkan di Restoran Pohon Mas. Rata-rata dalam kalangan mereka adalah mahasiswa dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Sarawak.
Rombongan Majlis Belia Sabah (MBS) seramai 13 orang yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Farid Sainuri, Presiden MBS diiringi oleh Setiausaha ABIM Sarawak Sdr, Fazril Saleh.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan lebih dua jam itu. Anak-anak Sabah yang hadir dalam pertemuan ini ternyata teruja dengan kehadiran MBS. Pelbagai perkara diadukan dan cadangan diajukan untuk pihak MBS memanjangkan kepada para pimpinan negeri Sabah.











TAG