ABIM Sarawak Jayakan Fit Masjid 2.0 di UNIMAS (Siri 1)




Kota Samarahan, 13 April 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak telah bekerjasama dengan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dalam penganjuran program Fit Masjid 2.0 (Bahagian 1).
Program yang dianjurkan sepanjang hari ini berlangsung di Bangunan Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) dengan penyempurnaan perasmian oleh YBhg Prof Datu Mohd Fadzil Abdul Rahman, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UNIMAS.
Program Fit Masjid merupakan program riadah Islamik yang bermatlamat untuk mendekatkan golongan belia pelbagai kaum dengan institusi masjid yang berkonsepkan riadah santai. Program ini turut menyasarkan peserta dalam golongan belia baru berkahwin dalam tempoh lima tahun bagi menghadiri kursus kekeluargaan.
Kerjasama Program Fit Masjid di UNIMAS dirangkumkan bersama dalam Karnival Mahasiswa UNIMAS U-Triumph.
Pelbagai acara diadakan sepanjang sehari program berlangsung, antaranya:
a. Kuliah Subuh
b. Senam Cergas dan Fun Walk
c. Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak
d. Cabutan Bertuah & Pameran
e. Pertandingan Azan
f. Pertandingan Nasyid
g. Pertandingan Tilawah
h. Pertandingan Hafazan
Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Fazril Saleh, penterjemah Buku Nafahat Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak yang telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019.
Setelah kuliah Subuh, program diteruskan dengan acara Senam Cergas. Memandangkan hujan turun agak lebat pada pagi hari kejadian, maka acara Fun Run terpaksa dibatalkan dan digantikan dengan Senam Cergas dan Cabutan Bertuah.
Acara-acara lain berlangsung setelah cabutan bertuah tamat. Para pemenang menerima hadiah berupa hamper dan pelbagai barangan menarik.
Program Fit Masjid 2.0 untuk siri-2 dan siri-3 peringkat Negeri Sarawak pula bakal dilangsungkan pada 13 dan 14 Julai 2019.





















TAG