Kuching, 11 April 2019: ABIM Sarawak diwakili Timbalannya Mohamad raufa Irman bin Hj. Abdul Raub, berkesempatan bersama dalam pertemuan khas dengan Reverend Susan Maginn dari US Navy Mission Chaplain for Pacific Partnership 2019 di Islamic Information Centre (IIC), dekat sini.
Pertemuan hampir dua jam itu membincangkan perihal keamanan sejagat di samping mengungkapkan hasrat Tentera Laut Amerika Syarikat yang hadir ke Malaysia dalam misi latihan menghadapi bencana.
Dalam kesempatan itu, Mohamad Raufa melontarkan pandangan ABIM Sarawak ke arah meningkatkan keharmonian sejagat di dalam kehidupan masyarakat majmuk. Menurutnya juga, ABIM Sarawak sepakat menolak dan mengutuk sekeras-kerasnya sebarang aktiviti berunsur keganasan yang terjadi di belahan dunia yang lain.
Reverend Susan Maginn dari US Navy Mission Chaplain for Pacific Partnership 2019 juga mencadangkan agar ABIM Sarawakbersama SIIC berkunjung ke San Diego pada masa mendatang sebagai kunjungan balas dan bagi memperinci hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.
Tiada ulasan
Catat Ulasan