Kuching, 14 April 2019: ABIM Negeri Sarawak merakamakan ucapan takziah kepada seluruh kaum keluarga Almarhum Haji Mohd. Hasbie Sulaiman, seorang tokoh pimpinan, orang perjuangan penting di Sarawak.seorang tokoh pimpinan, orang perjuangan penting di Sarawak.
Beliau menghembuskan nafas terakhir di Kuching, Sarawak, hari ini.
Haji Mohd. Hasbie Sulaiman merupakan salah seorang tokoh yang pernah terlibat dalam PKMS era anti-serahan. Beliau masih lagi sihat dan menetap di Sinar Budi, Kampung No.4 Kuching.
Beliau merupakan saksi-mata yang mengenali dan berkegiatan bersama tokoh-tokoh perjuangan zaman anti-serahan, antaranya yang kami ingin sekali kenali, iaitu Ustaz Sharkawi Othman (anakanda Shaykh Haji 'Othman Abdul Wahhab).
Sebelumnya, para aktivis ABIM Sarawak telah berziarah kepada Almarhum, antaranya Sdr. Mohammad Fazril Saleh dan Sdr. Zhariff Azhari.
Beliau juga telah menerima dengan gembira dan berbesar hati naskah terbitan ABIM berjudul "Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak" yang diterjemah dan disunting oleh Sdr. Fazril Saleh, Setiausaha ABIM Sarawak. Almarhum juga pernah menyatakan hasrat menerbitkan semula buku beliau berjudul "Perjuangan Anti Cession Sarawak: Peranan Utama Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak" dan beberapa buku belum terbit dengan pihak ABIM.
Kenang-kenangan hidup Almarhum dapat ditelusuri melalui biografi beliau yang dikarang Dr. Jeniri Amir (2014) "Permata Yang Terpendam: Hasbie Sulaiman". Kota Samarahan: UNIMAS.
Al-Fatihah.
Tiada ulasan
Catat Ulasan