Kuching, 23 April 2019: Seluruh kepemimpinan dan keluarga besar ABIM Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Tuan Razali bin Roseli yang telah kembali ke Rahmatullah pada 21 April 2019.
Beliau yang telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Normah, Kuching Sarawak merupakan seorang aktivis dan mantan pimpinan ABIM Negeri Sarawak, juga antara pengasas dan penggerak program pendidikan ABIM Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) di negeri ini.
Jenazah Almarhum disolatkan di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma, Kuching, dan kemudiannya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Samariang.
Majlis Tahlil Arwah diadakan oleh keluarga besar Jamaah ABIM Sarawak pada 23 April,bertempat di Ibu Pejabat TASKI ABIM Kuching-Samarahan.
Al-Fatihah
"Semoga kedamaian dikurniakan kepada kalian, wahai para penduduk kampung Muslimin, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul selepas ini bersama kalian”
“Semoga Allah merahmati saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu menuju Perkampungan Barzakh & juga yang menyusul kemudian”
Innalillahi wainna ilayhi rajiun.
Selamat berangkat menghadap Pencipta,
Wahai pejuang yang banyak berjasa;
Tiap saat kami titipkan,
Doa yang tulus kami pohonkan;
Moga Tuhan kan selalu berkati,
Segala manfaat ilmu dan diri;
Di negeri akhirat negeri abadi,
Kami di sini menyusul nanti.
Tiada ulasan
Catat Ulasan