Majlis Belia Malaysia Kunjungi YAB Ketua Menteri Sarawak


Kuching, 19 Februari 2019: Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai Presidennya, Encik Jufitri Joha telah menghadap kunjung terhadap Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Abang Haji Openg, di Pejabat Rasmi Ketua Menteri, di sini.
Tujuan kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan kepemimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) yang baharu dan mendapatkan pedoman YAB Datuk Patinggi berkaitan hal ehwal pembangunan belia di Malaysia.
Rombongan MBM disambut YAB Datuk Patinggi sekitar jam 03:00 petang. Pelbagai perkara dibincangkan, termasuklah cadangan menganjurkan sebuah Syarahan Perdana YAB Datuk Patinggi bersama belia Sarawak khusus dalam berkongsi pengalaman, aspirasi dan harapan dalam membangun kebitaraan belia di negeri ini.
YAB Datuk Patinggi juga merupakan Presiden Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) yang merupakan badan induk pertubuhan belia di Negeri Sarawak. Di peringkat kebangsaan, SABERKAS juga bergabung di bawah Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai badan gabungan.
Turut hadir dalam kunjungan tersebut adalah Yang Dipertua ABIM Negeri Sarawak, Sdr. Muhammad Hazim Azhari dan Naib Presiden MBM, Sdr. Azuan Marjan.
Kunjungan ini turut mendapat liputan akhbar The Borneo Post Edisi Rabu 20 Februari 2019 (halaman 6) berjudul "Abang Johari Receives Courtesy Call from Maszlee, Three Others Delegations" dan akhbar berbahasa Cina Sin Chew Daily Edisi Rabu, 20 Februari 2019 (halaman 07).








TAG