Kuching, 26 April 2019: Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak, dengan kerjasama pengelolaan ABIM Negeri Sarawak telah menganjurkan 'Malam Penghayatan Belia 2019'.
Program yang berlangsung di Dewan Serbaguna Kompleks Belia dan Sukan Sarawak ini mengumpulkan para petugas jabatan belia, penggerak-penggerak belia dan pemegang taruh untuk tujuan menghargai jasa mereka dalam menggerakkan aktiviti kebeliaan di negeri ini.
Majlis Perasmian disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Safiee Haji Ahmad, Setiausaha Agung SABERKAS merangkap ADUN Daro.
Majlis yang berkonsepkan 'Dinner Talk' ini menampilkan beberapa persembahan istimewa daripada Kumpulan Nasyid HAWARY, yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan dan misi kemanusiaan global.
Di sela-sela persembahan, turut dipaparkan montaj khas projek dan misi kemanusiaan global khususnya yang diteraju oleh Global Peace Mission Malaysia (GPM).
Turut hadir dalam majlis ini, Yang Berbahagia Encik Zaini Abd Aziz, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak serta rombongan dari Majlis Belia Sabah (MBS) yang dikepalai oleh Tuan Farid Sainuri, presiden MBS.
Rombongan turut mempersembahkan persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat Sabah.
Di penghujung majlis, para aktivis ABIM Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mempersembahkan gimik khas kemanusiaan "Pray for Sri Lanka" sebagai tanda solidariti bersempena peristiwa berdarah pengeboman di Sri Lanka baru-baru ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan