MBS-ABIM S'wak Kunjungi ANGKASA Sarawak


Kuching, 26 April 2019: Majlis Belia Malaysia (MBS) dengan diiringi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak telah berkunjung ke Ibu Pejabat Perhubungan Negeri Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) Negeri Sarawak.
Rombongan Majlis Belia Sabah (MBS) seramai 13 orang yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Farid Sainuri, Presiden MBS diiringi oleh Setiausaha ABIM Sarawak Sdr, Fazril Saleh telah disambut oleh Tuan Wan Azizan Wan Zainal Abidin, Pengerusi ANGKASA Sarawak, bersama AJK dan stafnya.
Rombongan diberikan taklimat tentang peranan ANGKASA dalam membantu sektor koperasi di Malaysia dan peranan ANGKASA Negeri.
Wan Azizan selaku Pengerusi ANGKASA dalam pada itu menekankan keperluan golongan belia untuk berjinak dalam bidang koperasi untuk mengambil manfaat yang disediakan melalui sektor-ektor yang terdapat dalam ANGKASA.
Wan Azizan yang juga merupakan seorang perunding kewangan dan aktivis ABIM juga mempunyai pengetahuan luas dalam sektor koperasi dan keusahawanan, di samping giat dalam kegiatan kemasyarakatan dan kebeliaan.
Beliau yang juga merupakan mantan Yang Dipertua ABIM Sarawak, adalah pencipta program perisian Buku Tunai CERMAT yang memudahkan urusan mengatur kewangan bagi perniagaan, persatuan dan individu yang ingin merancang kewangan secara tersusun.
Rombongan turut dibawa melawat Pusat Khidmat Usahawan sejurus selepas taklimat. Turut hadir Timbalan Pengerusi, Setiausaha JPAN Sarawak dan juga Penolong Pegawai, Encik Azbullah Alli.






TAG