MBS-ABIM S'wak Lawat MaGIC Sarawak


Kuching, 25 April 2019: ABIM Sarawak telah mengiringi Majlis Belia Sabah (MBS) untuk mengunjungi ‘Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC)’ bertempat di 'Co-Working Space MaGIC', dekat sini.
Rombongan Majlis Belia Sabah (MBS) seramai 13 orang yang diketuai oleh Sdr. Ahmad Farid Sainuri, Presiden MBS diiringi oleh Setiausaha ABIM Sarawak Sdr, Fazril Saleh telah disambut oleh Encik Zulfadli selaku pegawai MaGIC Sarawak.
MaGIC adalah sebuah agensi yang bergerak di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditubuhkan khas untuk membina projek keusahawanan yang mampu bertahan dari sudut ekosistem. Tambahan, ia juga menjadi pemangkin kepada kreativiti serta inovasi anak bangsa khususnya belia dalam jangka masa yang panjang.
MaGIC ini juga merupakan sebuah medium bagi belia untuk mengasah bakat sebagai usahawan yang berinovasi serta serba digital samada dari sudut produk ataupun pemasaran. Mereka yang berminat akan diberi tunjuk ajar selangkah demi selangkah bermula dari kosong hingga menjadi usahawan berjaya (‘StartsUp’).
Pelbagai fasiliti disediakan oleh MaGIC untuk kegunaan bagi para belia untuk mengasah minda bagi memacu kreativiti semaksima mungkin.






TAG