Bangi, 24 Februari 2019: ABIM Negeri Sarawak diwakili oleh Setiausaha ABIM Negeri Sdr. Mohammad Fazril Saleh, Exco Penerangan ABIM Sarawak Sdr. Safwandi Suaidi dan Exco Perhubungan Wilayah ABIM Sarawak, Sdr. Muhammad Qhidir Mat Isa telah berperanserta dalam "Bengkel Pemberdayaan ABIM Negeri" anjuran Sekretariat ABIM Pusat bertempat di Hotel Grand Puteri, di sini.
Bengkel tiga hari bermula pada 22 Februari 2019 ini bertujuan untuk membincangkan penambahbaikan sistem pengurusan organisasi dan meningkatkan lagi kemahiran dan budaya kerja sesuai dengan keperluan semasa.
Antara pengisian penting dalam bengkel kali ini termasuklah:
1. Mengemaskini Manual Kerja Sekretariat
2. Fokus & memperbanyakkan peluang pendanaan melalui program bersasar.
3. Sumbang Saran meningkatkan mutu kerja
4. Kemaskini MYKD ABIM Negeri.
5. Perkongsian Sekretariat ABIM Pusat
2. Fokus & memperbanyakkan peluang pendanaan melalui program bersasar.
3. Sumbang Saran meningkatkan mutu kerja
4. Kemaskini MYKD ABIM Negeri.
5. Perkongsian Sekretariat ABIM Pusat
Turut hadir menyampaikan perkongsian dan pengisian adalah Tuan Haji Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM; Encik Muhammad Faisal Abd Aziz, Setiausaha Agung ABIM; Puan Maria Kamel, Penolong Setiausaha Kewangan ABIM; Puan Junaidah Sairan, Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia Sekretariat ABIM Pusat; Tuan Haji Hadzir, Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan; Encik Firdaus Hamsin, Ahli Jawatankusa Pusat ABIM dan ramai lagi.
Tiada ulasan
Catat Ulasan