Usrah Gabungan W-A-P Negeri Sarawak bersama Pimpinan WADAH Pusat


Kuching, 07 April 2019: ABIM Sarawak bersama Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah mengadakan Usrah Gabungan, bertempat di Sekretariat ABIM Sarawak (SASAR), Taman Sri Wangi, dekat sini.
Diteraju oleh Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak, Mohamad Raufa Irman Hj Abdul Raub, Usrah kali ini menampilkan tetamu undangan khas Ustaz Hasri Harun, Naib Presiden WADAH Malaysia dari Kuala Lumpur.
Turut hadir, Hj. Raslie Sahran, Pengerusi WADAH Negeri Sarawak; Muhammad Hazim Azhari Yang Dipertua ABIM Sarawak; Mohamad Rahmat Jamali Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak dan Shahril Aqmal Baharin, Setiausaha Agung PERKEPIS.
Pelbagai perkara dibincangkan dalam usrah kali ini termasuklah berkaitan keperluan melibatkan diri dalam kegiatan dakwah, usaha mempersiap diri untuk melakukan perubahan islahy, berinteraksi dengan kelompok pelbagai masyarakat majmuk dan banyak lagi.










TAG