ABIM Sarawak Hadiri Iftar Perdana Keluarga Besar Jamaah W-A-P Nasional


Bangi, 16 Mei 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak melalui Setiausaha Mohammad Fazril Saleh, Timbalan Yang Dipertua Mohamad Raufa Irman Abdul Raub dan Ketua Biro Regenerasi Muhammad Zhariff Azhari telah menghadiri Majlis Iftar Perdana anjuran WADAH-ABIM-PKPIM, Agensi dan Alumni Kolej dar al-Hikmah (KDH), bertempat di Hotel Tenera, dekat sini.
Program yang dihadiri lebih 1,000 hadirin yang terdiri dalam kalangan para aktivis jamaah keluarga besar ABIM itu berkonsepkan 'charity dinner' atau 'makan malam amal'.
Ucapan sambutan acara disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ahmad Azam Ab Rahman, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH).
Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan bersatu dan berpadu tenaga membangunkan Malaysia Baharu secara bersama atas asas "taawwanu 'ala birri wa't-taqwa".
Pidato seterusnya disampaikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahimmantan Presiden ABIM yang kini merupakan Ahli Parlimen Port Dickson.
Dalam ucapan beliau menghargai panganjuran majlis dan menegaskan komitmen dengan agenda reformasi. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para sahabat seperjuangan yang banyak berkorban selama ini.
Sementelah, beliau menegaskan komitmen yang disalut agenda reformasi. Beliau tegaskan juga bahawa isu-isu semasa perlu dilihat dalam perspektif yang lebih luas dan mengambilkira kepentingan yang lebih menyeluruh.
Majlis bermula dengan berbuka puasa, solat Maghrib Berjamaah, Sajian Makanan, Pidato Pimpinan, Solat Isyak dan Solat tarawih.
Turut hadir, Prof. Dato' Dr. Siddiq Fadzil (Pengerusi Majlis Istisyari WADAH), Prof Dato' Dr. Redzuan Othman (Naib Canselor UNISEL), YB Tuan Haji Anuar Tahir (Timbalan Menteri Kerja Raya) dan Tuan Haji Mohamad Raimi Ab Rahim (Presiden ABIM).
Sebelumnya, pimpinan WADAH-ABIM-PKPIM turut berperan serta dalam Majlis Berbuka Puasa di Kediaman Rasmi Timbalan Perdana Menteri (TPM) bersama ilmuwan dan pimpinan NGO-NGO Islam Malaysia, pada 10hb Mei 2019.
===================================
Sila Layari:
💡 Laman web www.abimsarawak.org
💡 Laman Facebook www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK
Sertai Kami:
💡 Hubungi/mesej WhatsApp Sekretariat ABIM Sarawak di talian: www.wassap.my/01161783206
====================================















TAG