ABIM Sarawak Sertai Program Sungkey IIC


Kuching, 17 Mei 2019: ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menyertai Program Berbuka Puasa "Sungkey di The Hills 2019" ajuran Sarawak Islamic Information Centre (IIC).

Islamic Information Centre (IIC) telah menyelenggara acara sepertinya sejak 2009 dalam usaha menumbuhkan niat baik, memperkukuh hubungan dan meningkatkan kefahaman dalam kalangan warga Sarawak khususnya yang multi-etnik dan beragam agama, dengan mengambil peluang bulan Ramadhan yang penuh berkah ini.

ABIM Sarawak diwakili Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Mohamad Raufa Irman Haji Abdul Raub, diiringi beberapa lagi para aktivis ABIM dan PERKEPIS termasuklah Sdr. Shahril Aqmal Baharin, Luqmanul Hakim Suffian, Amni Zuhaira dan Norshazira Zamri.

Acara Sungkey ini dimulai dengan sesi perkongsian tentang "Indahnya Ramadhan" oleh Firdaus Wong Wai Hung, seorang aktivis dakwah. Slot ini mengisi segmen khas radio Sarawak FM untuk rakaman program Hari Raya Aidilfitri dengan judul "Syawal Penyempurnaan Ramadhan".

 Menurut Mohamad Raufa, aacara seperti ini adalah suatu yang amat diperlukan pada saat masyarakat Sarawak disajikan dengan isu-isu berbaur perkauman yng mampu menggugat keharmoniaan hidup bersama.

"Kami menaruh harapan bahwa melalui acara-acara seperti inilah semangat saling memberi dan berbagi, saling pengertian, dan saling menghargai dapat ditingkatkan dan diperkuat khususnya di Sarawak yang terkenal dengan kepelbagaian warna, budaya, dan tradisi agama", kata beliau.

Turut hadir menyerikan program ini adalah Prof. Dato Dr. M Kadim Suaidi, (Ketua Dewan Penasihat SIIC), YAA Tuan Haji Awang Suhaili dan Dato Hajah Norhayati (SIIC), serta para penggiat dakwah dalam kalangan pertubuhan Islam di Sarawak.

#ABIMSarawak
#ABIM
#IIC
#Sungkey

===================================
Sila Layari:
💡 Laman web www.abimsarawak.org
💡 Laman Facebook www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK

Sertai Kami:
💡 Hubungi/mesej WhatsApp Sekretariat ABIM Sarawak di talian: www.wassap.my/01161783206
====================================




TAG