Pampanga (Filipina), 26 Mei 2019: Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak merangkap Pengarah Global Peace Mission Sarawak, Ustaz Mohamad Raufa Irman sedang mengikuti misi Ziarah Ukhuwah Fil 'Amal (ZULFA) bertempat di Filipina. Ikuti catatan perjalanan misi beliau di sana:
==============
Hari ke-2 dan ke-3
==============
Hari ke-2 dan ke-3
==============
Pergunungan Aita Pampanga dan Kg. Wawa Bantangas
•
Hari ke-2 dan ke-3 yang benar-benar memberi peluang kepada diri saya untuk merasai nikmat Ramadhan berlalu tersangat laju!
•
Jarak jauh perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam untuk pergi sahaja, hingga harus kembali ke tempat penginapan selewat hampir beberapa minit lagi menjengah ke tengah malam. Sungguh misi #ZULFA19 banyak menerbitkan rasa keinsafan dalam diri dan menyedarkan betapa sedikitnya kita bersyukur kepada Tuhan.
•
Berkat sumbangan warga Malaysia yang peduli akan manusiawi, dan rakan The Union of NGOs of The Islamic World - UNIW dari Khayra Ummah Foundation Inc., akhirnya tim ZULFA19 tetap dimudahkan oleh Allah untuk menyampaikan seluruh sumbangan dan bantuan dalam bentuk 150 set makanan, alat tulis untuk kanak-kanak, 100 tudung dan telekung wanita, 50 kain pelikat, dan goodies kepada kelompok balik Islam yang terkira minoriti di bumi Filipina ini.
•
Melihat senyuman anak-anak yang serba dhåif, hati saya hanya mampu tidak putus-putus melafazkan ya Tuhan! Ya Tuhan! Betapa luasnya rahmat-Mu hingga kami bisa bertatap muka ke muka, berbual bicara, dan tangan-tangan kami yang berdosa ini yang Engkau pilih sebagai asbāb sampainya bantuan orang ramai kepada mereka.
•
Berikanlah ketenangan jiwa, kekayaan berganda, dan keberkahan usia kepada mereka yang telah mengerah sebahagian harta, duit, masa, dan tenaga demi membantu para asnaf ini ya Tuhan.

Tiada ulasan
Catat Ulasan