Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) ABIM Sarawak 2019





==============================================================
KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS SEMPENA RAMADAN 1440H/ 2019M
====================

💌 Kepada: KHALAYAK SARAWAK & MALAYSIA YANG DERMAWAN
السالم عليكم ورحمة هللا وبركاته
Tuan/Puan,

👏🏻 RAYUAN SUMBANGAN UNTUK KEMPEN SEORANG SEKAMPIT BERAS SEMPENA PROGRAM SINAR RAMADAN 1440H ANJURAN ABIM SARAWAK

💁🏻‍♂ Dimaklumkan bahawa Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak menganjurkan 
Kempen Seorang Sekampit Beras sepanjang bulan Ramadan tahun 1440H.

💥 Kempen ini bertujuan untuk 
mengumpulkan bahan-bahan keperluan asas bagi disalurkan kepada fakir miskin dan golongan yang 
kurang berkemampuan.

🏮 Oleh yang demikian, kami memohon jasa baik Tuan/Puan agar dapat menyumbang bahan-bahan 
keperluan asas seperti berikut (kesemua atau mana-mana bahan):

🔆(i) Beras sekampit (5KG);

🔆(ii) Minyak masak (2KG);
🔆(iii) Gula (1KG);
🔆(iv) Tepung gandum (2KG);
🔆(v) Garam (sepaket);
🔆(vi) Kicap (sebotol);
🔆(vii) Sos cili;
🔆(viii) Bihun (sepaket);
🔆(ix) Biskut kering (sepakat);
🔆(x) Kordial Air berperisa (1 botol).

🏛 Bahan-bahan ini boleh disalurkan melalui kesemua 16 premis TASKI ABIM cawangan Kuching-Samarahan.
💰 Pihak kami juga menerima sumbangan wang tunai sekitar *RM 70.00* bagi menggantikan bahan-bahan 
keperluan yang ingin disumbangkan.

📲 Sumbangan berbentuk wang juga boleh disalurkan melalui akaun 
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) ABIM Negeri Sarawak (No. Akaun: 1101-3010-0755-32) dan 
menghantarkan bukti penyaluran ke WhatsApp ABIM Sarawak (www.wassap.my/011-61783206).

 Untuk makluman pihak Tuan/Puan, program ini adalah sebahagian daripada agenda penghakupayaan umat yang digerakkan oleh ABIM Negeri Sarawak sepanjang tahun.
 Bagi tahun 2018 yang lalu, kempen ini berjaya mengumpulkan sejumlah RM33,200.00 nilai taksiran sumbangan yang diagihkan kepada 415 buah keluarga penerima yang layak di 17 lokasi dalam enam bahagian seluruh Sarawak.
 Sumbangan daripada Tuan/Puan adalah amat bermakna bagi golongan yang memerlukan.
 Kunjungi juga Kafe ABIM (Medan Hamizan, Petra Jaya, Kuching - Bangunan Borneo Housing) bermula 01 Mei 2019 dan beroperasi untuk menyediakan set sungkai dari 06 hingga 20 Mei 2019.
 Sebarang 
pertanyaan, silalah berhubungan dengan Setiausaha ABIM Negeri Sarawak, Sdr. Mohammad Fazril bin 
Mohd Saleh di talian +6013-2775313 (atau whatsApp www.wassap.my/0132775313).

"Anda Hulur Kami Salur"
Sekian. Wassalam.
*ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA (ABIM) NEGERI SARAWAK*
TAG