Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Bintangor


Kuching, 22 Mei 2019: ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengagihkan barang keperluan dapur kepada beberapa buah keluarga memerlukan di Jalan Mendu dan Kampung Bintangor.
Hujan lebat turun sepanjang hari, namun agihan tetap dilakukan, dengan sungguh-sungguh.
Agihan kali ini diketuai Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak merangkap Pengarah Global Peace Mission Sarawak, Ustaz Mohamad Raufa Irman Abdul Raub, dan Timbalan Yang Dipertua PERKEPIS, Shahril Aqmal Baharin.
Bahan-bahan agihan berupa barangan keperluan dapur harian diterima daripada sumbangan orang ramai menerusi kempen Seorang Sekampit Beras.
๐ŸŒพ๐Ÿž๐Ÿš๐Ÿถ๐ŸŒพ
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
๐Ÿซ๐Ÿ•Œ๐Ÿ›๐Ÿก
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 350 buah keluarga di 15 lokasi dalam tiga bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Kota Samarahan, dan Serian.
๐Ÿ“š๐Ÿ’ต๐Ÿ“š๐Ÿ’ต
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM25, 000.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
๐Ÿ“ž๐Ÿ“ฑ๐Ÿ—ฃ๐Ÿ“ฑ๐Ÿ“ž
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.
๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ๐ŸŒพ
www.facebook.com/abimnegerisarawak
www.facebook.com/semurnikasihramadan



TAG