Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Santubong


Santubong, 29 Mei 2019: Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) bersama ABIM Sarawak mengagihkan barang keperluan dapur kepada beberapa buah keluarga memerlukan di Santubong.
Sebanyak 22 buah keluarga yang terdiri dalam golongan asnaf, ibu tunggal, warga emas dan golongan kelainan upaya telah menerima manfaat sumbangan ini.
Bahan-bahan agihan berupa barangan keperluan dapur harian diterima daripada sumbangan orang ramai menerusi kempen Seorang Sekampit Beras.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 350 buah keluarga di 15 lokasi dalam tiga bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Kota Samarahan, dan Serian.
📚💵📚💵
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM25, 000.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.










TAG