Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Kampung Bako Hilir



Kuching, 31 Mei 2019: ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengagihkan barang keperluan dapur kepada hampir 40 buah keluarga memerlukan di Kampung Bako Hilir.
Para aktivis perlu menyebarang sungai dengan menaiki bot ke lokasi ini. Agihan kali ini diketuai Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak merangkap Pengarah Global Peace Mission Sarawak, Ustaz Mohamad Raufa Irman Abdul Raub, Yang Dipertua PERKEPIS Muhammad Zharif Azhari dan Timbalan Yang Dipertua PERKEPIS, Shahril Aqmal Baharin bersama 13 orang aktivis Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
Acara penyerahan dipimpin oleh Ketua Kaum Tn. Hj. Morni, yang dimulakan dengan bacaan doa, ucapan aluan tuan rumah, dan ucapan perasmian oleh TYDP ABIM Sarawak di Surau Sedar Ibadah. Setelah simbolik penyerahan, tim KSSB19 mengiringi para asnaf kembali ke kediaman masing-masing dengan membantu membawa barang-barang sumbangan.
Bahan-bahan agihan berupa barangan keperluan dapur harian diterima daripada sumbangan orang ramai menerusi kempen Seorang Sekampit Beras.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 350 buah keluarga di 15 lokasi dalam tiga bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Kota Samarahan, dan Serian.
📚💵📚💵
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM25, 000.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.
TAG