Selamat Hari Raya Aidilfitri 1440H/ 2019M


¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
S E L A M A T
H A R I
R A Y A
A I D I L F I T R I
¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦¦
 Yang Dipertua dan seluruh saf qiyadah (barisan kepemimpinan) ABIM Sarawak mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri" kepada seluruh warga besar WADAH-ABIM-PERKEPIS Negeri Sarawak, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat khususnya di negeri Sarawak.
 Rayakan hari kemenangan ini dengan amal soleh dan pengeratan silaturrahim dan ukhuwan.
🤲🏻 Semoga kita dipilih Allah menjadi orang-orang yang bertaqwa dan sentiasa tekal berada atas jalan ketaatan.
📿 Dalam kesempatan ini juga, pihak ABIM Sarawak merakamkan penghargaan atas sumbangan khalayak dab orang ramai menjayakan Kempen Seorang Sekampit Beras sepanjang Ramadan 1440H yang lalu.
🌾 Anggaran kasar taksiran sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras Sarawak adalah bernilai sekitar RM 20 ribu telah diagihkan kepada lebih 200 keluarga dalam kalangan golongan memerlukan.
📗 Kami juga merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada orang ramai atas sokongan terhadap salah satu program pendidikan kami iaitu Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM. Pendaftaran kemasukan murid-murid baharu tahun empat, lima dan enam sedang dibuka. Hubungi ibu Pejabat TASKI ABIM 082446217 (waktu pejabat).
 Dalam perkembangan sama, kami juga berasa berbahagia atas sokongan ramai dan sambutan mengggalakkan terhadap projek keusahawanan terbaharu kami, iaitu Kafe ABIM (restoran) yang baharu dibuka pada 01 Mei 2019. Kafe ABIM kini bercuti dan akan dibuka semula pada 11 Jun 2019 (hari raya ke-7). Kafe ABIM juga menerima tempahan untuk sajian ramah tamah Hari Raya (selepas 10 Jun). WhatsApp www.wassap.my/+60 11-6178 3206 untuk tempaha.
 Sekali lagi, selamat hari raya!
💥 ABIM Sarawak adalah sebuah organisasi NGO Belia yang berdaftar di bawah Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Ia dipimpin oleh para belia Sarawak dan mempunyai 03 cawangan daerah, 09 cawangan tunggal serta beberapa agensi di bawahnya (Koperasi Sri Madani Sarawak Berhad - KOMADANI; TASKI ABIM Kuching/Samarahan; Restoran Kafe ABIM; Global Peace Sarawak dll)
💥 Pada tahun 2019, ABIM Sarawak telah dinobatkan sebagai Pertubuhan Belia Terbaik Negeri Sarawak 2019 dan Tempat ketiga Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Kebangsaan 2019.
💥 Malah, buku kelolaan ABIM Sarawak berjudul "Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak" telah menerima Anugerah Buku Negara Kategori Buku Umum Terbaik (Terjemahan) 2019. Tahun ini ABIM Sarawak dijangka menganjurkan Majlis Peringatan Haul 101 Tahun Shaykh Uthman Abdul Wahab Sarawak pada hujung Julai 2019.
💥 Dalam perkembangan sama, Pengerusi KOMADANI, Koperasi kelolaan ABIM Sarawak telah memenangi pertandingan merebut kerusi Pengerusi Perhubungan Negeri ANGKASA Sarawak.
💥 Di samping memelihara hubungan baik dengan pemimpin tempatan dan jabatan/agensi kerajaan Negeri & Persekutuan, ABIM Sarawak juga mempunyai jaringan antarabangsa yang cemerlang dengan pertubuhan dan agensi di Kalimantan Barat Indonesia dan Negara Brunei Darussalam.
💠 www.abimsarawak.org
💠 ABIM Negeri Sarawak
💠 Muat turun Apps "ABIM SARAWAK" di Play Store.
"BELIA TERAMPIL BERKEMAJUAN"
"SEJAHTERAKAN SARAWAK"
TAG