Bau, 02 Jun 2019: Aktivis ABIM Negeri Sarawak hadir bersama mengagihkan barang keperluan dapur kepada hampir beberapa keluarga memerlukan di Kampung Opar Bau, anjuran Malaysian Relief Agency Negeri Sarawak.
Acara dimulakan dengan sesi taaruf sesama kami, berbuka puasa, dan solat Maghrib berjamaah. Sejurus setelah jamuan makan malam, majlis agihan sumbangan kepada pun disampaikan oleh Pengerusi ANGKASA Negeri Sarawak En. Wan Azizan kepada 31 keluarga asnaf sehingga berkumandangnya azan Isya.
Jamaah Surau ar-Rahman setelahnya pun menunaikan solat Isya dan solat sunat Tarawayh yang diimamkan oleh Ustaz M. Raufa Irman, yang merupakan Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak dan juga selaku Ketua Unit Pendidikan dan Tarbiyah KOMADANI Sarawak Berhad.
Turut menjayakan acara adalah Syazrul Samsudi, Hamim Kun, dan S. Anis Maisarah yang merupakan aktivis muda Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
Bahan-bahan agihan berupa barangan keperluan dapur harian diterima daripada sumbangan orang ramai menerusi kempen oleh Malaysia Relief Agency.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.

🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 350 buah keluarga di 15 lokasi dalam tiga bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Kota Samarahan, dan Serian.
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 350 buah keluarga di 15 lokasi dalam tiga bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Kota Samarahan, dan Serian.
📚💵📚💵
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM25, 000.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM25, 000.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.
#SemurniKasihRamadhan2019
#KempenSeorangSekampitBeras2019
#KSSB19ABIMNegeriSarawak
#MembinaTamadunKhayraUmmah
#DariBeliaUntukSemua
#BerjasaKepadaMasyarakat
#KempenSeorangSekampitBeras2019
#KSSB19ABIMNegeriSarawak
#MembinaTamadunKhayraUmmah
#DariBeliaUntukSemua
#BerjasaKepadaMasyarakat
Tiada ulasan
Catat Ulasan