Semurni Kasih Ramadan: Agihan Sumbangan Kempen Seorang Sekampit Beras di Sematan


Sematan, 02 Jun 2019: ABIM Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) mengagihkan barang keperluan dapur kepada hampir 30 buah keluarga memerlukan di Kampung Temaga Melayu dan Kampung Pueh.
Misi agihan di Sematan dibimbing oleh Penghulu Sematan En. Jumahdi, yang telah mengiringi sedari ketibaan kami di Kampung Temaga Melayu hingga ke Kampung Pueh.
Misi agihan kali ini dipimpin oleh Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak Ustaz Mohamad Raufa Irman dengan turut disertai oleh Cikgu Awang Syazuan Awang Jaya (Penolong Setiausaha ABIM Sarawak), Ustaz Shahril Aqmal (Exco Kaderisasi ABIM Sarawak), Puan Nur Aqilah (aktivis ABIM Negeri Sarawak), Nursuhada bt. Hisyam Voon (Exco Dakwah & Tarbiyah PERKEPIS), dan Norshahida bt. Allizan (Naib Pengerusi PERKEPIS Asasi UNIMAS).
Bahan-bahan agihan berupa barangan keperluan dapur harian diterima daripada sumbangan orang ramai menerusi kempen Seorang Sekampit Beras.
🌾🍞🍚🍶🌾
ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan kepada para penyumbang yang budiman yang telah menyalurkan sumbangan berbentuk kampit beras dan barang dapur keperluan harian untuk diagihkan kepada warga Negeri Sarawak yang memerlukan.
🏫🕌🏛🏡
Sumbangan-sumbangan tersebut telah diagihkan kepada 350 buah keluarga di 15 lokasi dalam tiga bahagian seluruh Sarawak merangkumi bahagian Kuching, Kota Samarahan, dan Serian.
📚💵📚💵
Jumlah sumbangan keseluruhan ditaksirkan bernilai RM25, 000.00 sumbangan orang ramai telahpun diagihkan kesemuanya.
Bagi para dermawan yang ingin menyumbang kepada kegiatan ABIM yang seterusnya, bolehlah disalurkan ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) - No. Akaun ABIM Negeri Sarawak 1101-3010-0755-32.
📞📱🗣📱📞
Untuk sebarang pertanyaan, hubungi atau whatsApp Setiausaha ABIM Sarawak, Sdr Fazril Saleh di talian 013-2775313.











TAG