Kuching, 29 Jun 2019: YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizan Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ternyata teruja mengunjungi reruai ABIM Negeri Sarawak dalam Program Santuni Rakyat, bertempat di Pasaraya Besar MYDIN Petra Jaya, dekat sini.
Pelbagai acara dan perkhidmatan dilangsungkan di reruai ABIM Sarawak, antaranya
i- Pameran ABIM Sarawak, institusi pendidikan tahfiz STA Ar Razi, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak.
ii- Social Enterprises Model ABIM Sarawak (pendidikan TASKI, restoran Kafe ABIM, koperasi Sri Madani, keusahawanan belia)
iii- Penerbitan ABIM yang memenangi Anugerah Buku Negara (buku Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak)
iv- Modul Kemasyarakatan Dirimu Permata Berharga (DERMAGA) dan Sekeluarga Tolak Pornografi (STOP)
v- Aktiviti terapi stres, pendaftaran keahlian ABIM, pendaftaran keahlian PERKEPIS dan pendaftaran STA Ar Razi.
YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia turut meluangkan waktu mendengar penerangan tentang perkhidmatan ABIM Sarawak di samping mencuba aktiviti yang dilakukan di reruai dan menyempurnakan gimik Reruai ABIM Sarawak (Reruai No. 7). Penerangan disampaikan oleh Timbaan Yang Dipertua ABIM Sarawak, Ustaz Mohamad Raufa Irman Hj. Abd Raub.
Beliau turut dihadiahkan dua naskah buku terbitan ABIM, salah satunya merupakan buku kelolaan ABIM Sarawak berjudul "Nafahat al-Ridwan Riwayat Hidup Shaykh Uthman Sarawak" yang telah memenangi Anugerah Buku Negara 2019.
YAB Timbalan Perdana Menteri turut merakamkan ucapan tahniah di atas kejayaan ABIM Sarawak merangkul Johan Anugerah Perdana Belia Negara 2019 Peringkat Negeri Sarawak dan tempat ketiga anugerah sama bagi peringkat Kebangsaan, di samping kejayaan Anugerah Buku Negara.
Beliau turut berpesan agar ABIM Sarawak terus kuat berusaha dan bekerja dengan ikhlas dalam memperjuangkan kepentingan umat dan rakyat.
Program ini juga menampilkan pelbagai pameran dan perkhidmatan daripada agensi-agensi dan pertubuhan sukarelawan di Negeri Sarawak. Turut hadir dalam acara ini adalah Yang Berhormat Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti,
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, dan Datuk Seri Hafsah Harun, Penasihat Hal Ehwal Sarawak di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak, dan Datuk Seri Hafsah Harun, Penasihat Hal Ehwal Sarawak di Pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Tiada ulasan
Catat Ulasan