ABIM Sarawak Iringi BKMT Kapuas Hulu Kunjungi Akademi Baiki Diri


Kuching, 03 Julai 2019: ABIM Sarawak telah mengiringi Badan Kontak Majelis Taklim (BKMT) Kapuas Hulu, sebuah organisasi dakwah dari Kalimantan Barat, Indonesia untuk berkunjung ke Akademi Baiki DIri (ABADI), Jalan Astana, dekat sini.

Acara ini merupakan sebahagian daripada aturan kunjungan rombongan pertubuhan tersebut ke Kuching (Sarawak), dengan tujuan mengerat silaturrahim dengan pertubuhan Islam di Malaysia di samping membangun kerjasama dakwah yang dapat memanfaatkan umat kedua-dua negara yang tinggal berbatasan.

Rombongan seramai 32 orang itu tiba dari Kabupaten Kapuas Hulu, Kalimantan Barat, Republik Indonesia menziarahi keluarga besar ABIM Sarawak di Ibu Pejabat TASKI ABIM Kuching-Samarahan, Taman Sri Wangi, dekat sini.

Rombongan disambut oleh Ustaz Effendy, mudir dan pengurus rumah Akademi Baiki Diri (ABADI). Rombongan diperkenalkan dengan konsep rumah perlindungan dan rehabilitasi bagi memulihkan remaja bermasalah khasnya terkait gejala penyalahgunaan dadah.

Rombongan juga turut dibawa melawat taman arnab yang diusahakan oleh Rumah ABADI tersbut.

Turut bersama dalam rombongan ini adalah Ustadz Indra AbdulRahman, pendakwah dari Kapuas Hulu dan Ustadz Habibie Sarabiti pendakwah dari Pontianak. Manakala turut hadir Ustaz Mohamad Raufa Irman (Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak) dan Cik Norathirah Rambli (Setiausaha Kewangan ABIM Sarawak), dan Mohammad Fazril Saleh (Setiausaha ABIM Sarawak)

#ABIM
#BKMT
#HIKMAH
#ABIMsarawak



















TAG