Kuching, 14 Julai 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Al-Abyad, Taman Matang Jaya dalam penganjuran program Fit Masjid 2.0 (Bahagian 3).
Program ini merupakan siri ketiga selepas penganjurannya di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 13 April 2019 dan program sama di Masjid Ikhwanul Islam Taman Sukma pada 13 Julai 2019.
Majlis diserikan dengan penyempurnaan perasmian oleh YBhg Encik Zaini Abd Aziz, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir adalah Pengerusi Masjid Al-Abyad, Ustaz Haji Mohamad Khir dan Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak.
Program Fit Masjid merupakan program riadah Islamik yang bermatlamat untuk mendekatkan golongan belia pelbagai kaum dengan institusi masjid yang berkonsepkan riadah santai. Program ini turut menyasarkan peserta dalam golongan belia baru berkahwin dalam tempoh lima tahun bagi menghadiri kursus kekeluargaan.
Pelbagai acara diadakan sepanjang sehari program berlangsung, antaranya:
a. Kuliah Subuh
b. Senam Cergas dan Fun Walk
c. Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak
d. Cabutan Bertuah & Pameran
e. Pertandingan Azan
f. Pertandingan Nasyid
g. Pertandingan Tilawah
h. Pertandingan Hafazan
Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Haji Salleh Hamdin, disusuli dengan acara Senam Cergas. Ahli qaryah dan juga para penduduk setempat berkumpul di perkarangan masjid dan memulakan senam cergas pimpinan Sdr. Mohd Raufa Aminuddin, instruktor kecergasan ABIM.
Usai Senam Cergas, para peserta dilepaskan untuk acara Fun Walk. Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Zaini Abd Aziz menyempurnakan pelepasan para peserta Fun Walk. Sekitar 256 orang peserta menyertai acara Fun Walk ini.
Selesai acara Fun Walk, diadakan pula cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik termasuklah hadiah utama sebuah basikal lipat. Para pemenang menerima hadiah berupa hamper dan pelbagai barangan menarik.
Acara-acara lain berlangsung setelah cabutan bertuah tamat. Antaranya Kursus Pasca Perkahwinan yang dibimbing oleh Ustaz Mohamad Raufa Irman Abd Raub, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan azan, dan pertandingan khat. Turut dilangsungkan adalah pertandingan Street Soccer bagi kategori pelajar sekolah.
#ABIMsarawak
#FitMASJID
#KBS
#beliaSarawak
#ABIM
🌐 www.abimsarawak.org
⚛ FB: ABIM Negeri Sarawak
🤳🏻 Google Play Store: ABIM Sarawak
Tiada ulasan
Catat Ulasan