ABIM Sarawak Jayakan Fit Masjid 2.0 di Masjid Ikhwanul IslamTaman Sukma (Siri 2)




Kuching, 13 Julai 2019: Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Sarawak bersama-sama Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Sarawak telah bekerjasama dengan Jawatankuasa Masjid Ikhwanul Islam,Taman Sukma dalam penganjuran program Fit Masjid 2.0 (Bahagian 2).

Program ini merupakan siri kedua selepas penganjurannya di Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 13 April 2019 dan bakal disusuli dengan program sama di Masjid Al-Abyad Taman Matang Jaya pada 14 Julai 2019.

Majlis diserikan dengan penyempurnaan perasmian oleh YBhg Encik Rahmat bin Elli, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Turut hadir adalah Pengerusi Masjid Ikhwanul Islam, Tuan Haji Talhah Ulis dan Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak, Ustaz Raufa Irman.

Program Fit Masjid merupakan program riadah Islamik yang bermatlamat untuk mendekatkan golongan belia pelbagai kaum dengan institusi masjid yang berkonsepkan riadah santai. Program ini turut menyasarkan peserta dalam golongan belia baru berkahwin dalam tempoh lima tahun bagi menghadiri kursus kekeluargaan.

Pelbagai acara diadakan sepanjang sehari program berlangsung, antaranya:

a. Kuliah Subuh
b. Senam Cergas dan Fun Walk
c. Pertandingan Mewarna untuk Kanak-kanak
d. Cabutan Bertuah & Pameran
e. Pertandingan Azan
f. Pertandingan Nasyid
g. Pertandingan Tilawah
h. Pertandingan Hafazan

Kuliah Subuh disampaikan oleh Ustaz Haji Saudi Arop disusuli dengan acara Senam Cergas. Ahli qaryah dan juga para penduduk setempat berkumpul di perkarangan masjid dan memulakan senam cergas pimpinan jawatankuasa wanita masjid.

Usai Senam Cergas, para peserta dilepaskan untuk acara Fun Walk. Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Rahmat Elli menyempurnakan pelepasan para peserta Fun Walk. Sekitar 232 orang peserta menyertai acara Fun Walk ini.

Selesai acara Fun Walk, diadakan pula cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah yang menarik termasuklah hadiah utama sebuah basikal lipat. Para pemenang menerima hadiah berupa hamper dan pelbagai barangan menarik.

Acara-acara lain berlangsung setelah cabutan bertuah tamat. Antaranya Kursus Pasca Perkahwinan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan azan, dan pertandingan hafazan. Turut dilangsungkan adalah pertandingan Street Soccer bagi kategori pelajar sekolah dan sukaneka bagi golongan dewasa.

#ABIMsarawak
#FitMASJID
#KBS
#beliaSarawak
#ABIM

🌐 www.abimsarawak.org
FB: ABIM Negeri Sarawak
🤳🏻 Google Play Store: ABIM Sarawak




































































TAG