Kota Kinabalu, 27 Julai 2019: Aktivis ABIM Sarawak, Mohammad Fazril Saleh telah mewakili ABIM dan perwakilan Malaysia dalam kursus "Leadership and Governance Training 2019" anjuran Regional Islamic Da'wah Council of Southeast Asia & the Pacific (RISEAP) bertempat di Hotel Grand Borneo, dekat sini.
Turut menyertai kursus ini mewakili ABIM dan PKPIM adalah Ustaz Syafiq Ismail dari ABIM Sabah. Program yang dianjurkan bermula 21 Julai 2019 hingga 27hb Julai 2019 ini disertai oleh 20 orang peserta terpilih dari Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand, Vietnam, Myanmar dan Sri Lanka.
Program yang bertujuan menggilap kemahiran pengurusan dalam kalangan pemimpin muda dari negara-negara Asia Tenggara dan Pasifik itu dibimbing oleh Tuan Nailul Hafiz, perunding dan jurulatih antarabangsa dari Singapura.
Kursus ini merangkumi beberapa segmen antaranya segmen pelatihan, pembentangan, simulasi pengurusan, lawatan sambil belajar dan juga dinamika berkumpulan.
Sesi lawatan ke Ibu Pejabat USIA, pertubuhan Islam tertua di Negeri Sarawak turut diadakan di samping kunjungan ke kaki Gunung Kinabalu dan beberapa lokasi menarik di Kota Kinabalu.
Perasmian penutup diadakan di sebuah restoran seafood terkemuka, Penyampaian sijil disempurnakan oleh Datuk Haji Hamzah Datuk Haji Mohd Zakaria, Setiausaha Agung USIA bersama-sama Haji Mohamad Marzuki Omar, Setiausaha Agung RISEAP.
Tiada ulasan
Catat Ulasan