Kuching, 02 Julai 2019: Badan Kontak Majelis Taklim (BKMT) Kabupaten Kapuas Hulu, sebuah organisasi dakwah dari Kalimantan Barat telah berkunjung ke Kuching (Sarawak) dengan tujuan mengerat silaturrahim dengan pertubuhan Islam di Malaysia di samping membangun kerjasama dakwah yang dapat memanfaatkan umat kedua-dua negara yang tinggal berbatasan.
ABIM Sarawak telah mengiringi BKMT Kapuas Hulu untuk berkunjung ke Pertubuhan Harakah Islamiah atau lebih dikenali sebagai HIKMAH.
Rombongan seramai 32 orang itu disambut oleh Tuan Haji Alwi Morshidi, Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH bersama Tuan Haji Idris Ahmad, Ketua Unit Dakwah HIKMAH Ibu Pejabat.
Dalam pertemuan hampir dua jam itu, pihak HIKMAH mengalu-alukan kehadiran rombongan ke HIKMAH dan sedia menjalin kerjasama dakwah antara kedua-dua organisasi.
Manakala pihak BKMT pula merakamkan penghargaan setinggi-tingginya atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.
Turut bersama dalam rombongan ini adalah Ustadz Indra AbdulRahman, pendakwah dari Kapuas Hulu dan Ustadz Habibie Sarabiti pendakwah dari Pontianak.
Bersama mengiringi rombongan, Ustaz Mohamad Raufa Irman Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak dan Cik Norathirah Rambli, Setiausaha Kewangan ABIM Sarawak.
Tiada ulasan
Catat Ulasan