Kuching, 03 Julai 2019: Badan Kontak Majelis Taklim (BKMT) Kabupaten Kapuas Hulu, sebuah organisasi dakwah dari Kalimantan Barat telah berkunjung ke Kuching (Sarawak) dengan tujuan mengerat silaturrahim dengan pertubuhan Islam di Malaysia di samping membangun kerjasama dakwah yang dapat memanfaatkan umat kedua-dua negara yang tinggal berbatasan.
ABIM Sarawak telah mengiringi BKMT Kapuas Hulu untuk berkunjung ke Sarawak Islamic Information Centre (IIC), di sini.
Rombongan seramai 32 orang itu disambut oleh pegawai IIC. Dalam kesempatan yang singkat itu, rombongan telah dibawa melihat-lihat ruangan dalam bangunan IIC.
Pihak BKMT pula merakamkan penghargaan setinggi-tingginya atas kerjasama dan sambutan yang diberikan.
Turut bersama dalam rombongan ini adalah Ustadz Indra AbdulRahman, pendakwah dari Kapuas Hulu dan Ustadz Habibie Sarabiti pendakwah dari Pontianak.
Bersama mengiringi rombongan, Ustaz Mohamad Raufa Irman Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak dan Cik Norathirah Rambli, Setiausaha Kewangan ABIM Sarawak.
#ABIM
#BKMT
#HIKMAH
Tiada ulasan
Catat Ulasan