Kuching, 03 Julai 2019: ABIM Sarawak telah dikunjungi oleh Badan Kontak Majelis Taklim (BKMT) Kapuas Hulu, sebuah organisasi dakwah dari Kalimantan Barat, Indonesia.
Mereka berkunjung ke Kuching (Sarawak) dengan tujuan mengerat silaturrahim dengan pertubuhan Islam di Malaysia di samping membangun kerjasama dakwah yang dapat memanfaatkan umat kedua-dua negara yang tinggal berbatasan.
Rombongan seramai 32 orang itu tiba dari Kabupaten Kapuas Hulu, Kalimantan Barat, Republik Indonesia menziarahi keluarga besar ABIM Sarawak di Ibu Pejabat TASKI ABIM Kuching-Samarahan, Taman Sri Wangi, dekat sini.
Rombongan disambut dengan persembahan nasyid dan qasidah daripada anak-anak pelajar TASKI ABIM. Dalam pertemuan sekitar dua jam itu, masing-masing pihak menyampaikan penghargaan dan rasa berbesar hati atas sebab pengenalan ini dan mengharapkan kerjasama dakwah pada masa depan.
Turut bersama dalam rombongan ini adalah Ustadz Indra AbdulRahman, pendakwah dari Kapuas Hulu dan Ustadz Habibie Sarabiti pendakwah dari Pontianak.
Manakala dari pihak Keluarga Besar ABIM, turut hadir Ustaz Mohamad Raufa Irman (Timbalan Yang Dipertua ABIM Sarawak) dan Cik Norathirah Rambli (Setiausaha Kewangan ABIM Sarawak) Tuan Haji Raslie Saharan (Pengerusi WADAH Sarawak) dan Puan Hajariah Senal (Pengurus TASKI)
Tiada ulasan
Catat Ulasan