Bangi, 27 Julai 2019: Para pendidik Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TASKI) ABIM Sarawak telah diraikan bersama-sama para pendidik dari seluruh cawangan TASKI ABIM seluruh negara dalam suatu majlis khas Anugerah Kecemerlangan anjuran Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) peringkat Kebangsaan.
Seramai 13 orang staf dan pendidik daripada TASKI ABIM Kuching-Samarahan dan dua orang daripada TASKI ABIM Miri telah terpilih menerima anugerah kecemerlangan bagi tahun ini, yang berlangsung di Dewan Raflessia, NIOSH Bangi.
Dalam menyatakan kesyukuran atas anugerah yang diterima, Puan Hajariah binti Senar, Pengurus TASKI-TAHFIZ ABIM Kuching-Samarahan - mewakili kesemua tenaga pendidik TASKI dipetik sebagai menyatakan:
"... syukur ke hadrat Ilahi atas pengiktirafan ini. Pada kesempatan ini kami mengucapkan terima kasih kepada semua barisan pimpinan ABIM Negeri Sarawak dan ABIM Pusat. Tanpa mereka semua kami mungkin tidak akan sampai sehingga kini"
Beliau juga turut merakamkan penghargaan dan mengenang salah seorang tokoh aktivis jamaah yang sebelum ini bertungkus lumus membangunkan institusi TASKI ABIM di Sarawak iaitu Almarhum Encik Razali bin Roseli, yang meninggal dunia baru-baru ini.
Upacaran perasmian majlis disempurnakan oleh YBhg. Prof. Datuk Dr. Redzuan Othman, Pengerusi Majlis Syura Kebangsaan.
Seramai lebih 200 orang peserta daripada para perwakilan seluruh negara menghadiri majlis ini.
Tiada ulasan
Catat Ulasan