Pimpinan ABIM Sarawak sebagai Pembicara dalam Seminar Pemimpin Belia Masa Hadapan Sabah



Kota Kinabalu, 20 Julai 2019: Sejumlah 64 orang pemimpin pelajar Maktab Sabah telah mengikuti "Seminar Pemimpin Belia Masa Hadapan Sabah 2019" anjuran bersama Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Yayasan Sabah, ABIM Sabah dan Maktab Sabah.

Program ini bertujuan memberi pendedahan tentang konsep kepimpinan dan ciri-ciri pemimpin yang perlu ada dalam menjadikan sebuah organisasi atau kerajaan dalam mencapai tujuannya.

Slot 2: Konsep , Nilai dan Etika Kepemimpinan Berteraskan Prinsip-Prinsip Sejagat disampaikan oleh Sdra. Mohamad Fazril Saleh, Exco Tugas-Tugas Khas (Penerbitan) ABIM Pusat / Setiausaha ABIM Sarawak. Beliau menekankan peri penting menegakkan prinsip dan nilai sejagat dalam apapun peringkat kepimpinan yang diduduki. Antara nilai yang penting dalam kepemimpinan ialah nilai ADIL, ADAB, AMANAH, PRIHATIN dan sebagainya.

Turut hadir sebagai pembicara adalah Encik Hilmie bin Milus, Naib Yang Dipertua ABIM Sarawak dan Encik Farid Sainuri, Presiden Majlis Belia Sabah.

Majlis penyampaian cenderahati kepada penganjur dan penceramah disempurnakan oleh Y.Brs Puan Zunaidah Zakaria, Penoling Kanan Hal Ehwal Murid Maktab Sabah diiringi oleh Cikgu Musli Andalan, Guru Kaunseling Maktab Sabah.



#ABIMsarawak
#beliaSarawak
#ABIM

🌐 www.abimsarawak.org
FB: ABIM Negeri Sarawak
🤳🏻 Google Play Store: ABIM Sarawak

























TAG