Ramah Tamah Aidilfitri Jamaah W-A-P Sarawak Meriah


Kuching, 06 Julai 2019: Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Jamaah WADAH-ABIM-PERKEPIS Sarawak berlangsung dengan meriah, bertempat di restoran Kafe ABIM, dekat sini.

Majlis diserikan dengan kehadiran para pimpinan WADAH Sarawak, para senior ABIM, pimpinan semasa ABIM Sarawak, ahli jawatankuasa kerja PERKEPIS dan para pendidik TASKI ABIM serta agensi.

Turut hadir, Pemangku Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Zaini bin Abd Aziz.

Majlis dimulakan pada jam 09:30 pagi dengan Bacaan Doa Selamat, disusuli sisi taaruf dan ramah tamah erat ukhuwah.

Antara menu yang dihidangkan dalam majlis tersebut adalah:

🥓 Sate goreng
🥣 Kuah kacang
🍘 Nasi Himpit
🍲 Kuah Sayur Lodeh
🥠 Roti Canai
🍜 Laksa Sarawak
🍜 Mi Jawa
🍙 Ketupat
🥘 Rendang Ayam
🍝 Spagetti
🍝 Bihun Goreng Singapore
🥗 Fruit Salad
🥧 Kek dan kueh mueh.
🥨 Keropok Lekor
🍟 Fries
Teh Susu
Kopi o
🍹 Sirap Ais


Majlis seumpamanya diadakan setiap tahun, seusai perayaan Hari Raya Aidilfitri. Di samping menyambut lebaran dan mengeratkan ukhuwah, majlis ini juga bertujuan memberi penghargaan kepada warga jamaah atas perolehan kejayaan dan pengiktirafan setakat pertengahan tahun 2019, antaranya termasuklah Johan Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Negeri Sarawak, Anugerah Buku Negara 2019 kategori buku terjemahan terbaik dan Tempat ketiga Anugerah Perdana Belia Negara peringkat Kebangsaan.

#ABIMsarawak
#beliaSarawak
#ABIM

🌐 www.abimsarawak.org
FB: ABIM Negeri Sarawak
🤳🏻 Google Play Store: ABIM Sarawak




































































TAG