Kota Kinabalu. 24 Julai 2019: Sdra. Fazril Mohd. Saleh, Exco ABIM Pusat merangkap Setiausaha ABIM Sarawak telah diundang sebagai pembicara dalam program "Sembang Sejarah: Pertapakan Islam di Borneo".
Program anjuran Sabah Islamic Future Network (SIFN), Rumah KAMI dan ABIM Sabah diadakan di Youth Lounge Rumah Kami, UA1 Sulaman, bermula pada jam 8.00 malam sehingga jam 10:00 malam.
Beliau membahaskan sejarah pertapakan dan perkembangan Islam Borneo khususnya di Sarawak, Kalimantan Barat dan Negara Brunei Darussalam.
Turut hadir, Prof. Dr. Arsiah Bahron, Tuan Haji Milus Alu dan Encik Hilmie bin Milus.
Tiada ulasan
Catat Ulasan