Wacana 'Nasihat al-Muluk dan Kepemimpinan Belia Islam oleh Pimpinan ABIM Sarawak bersama Masyarakat di Sabah


Telipok, 25 Julai 2019: Setiausaha ABIM Negeri Sarawak yang juga merupakan Exco Tugas Khas (Penerbitan) ABIM Pusat, Sdra. Fazril Mohd. Saleh telah berkongsi hasil tulisan beliau berjudul "Nasihat al-Muluk dan Etika Kepemimpinan Belia Islam" bersama-sama masyarakat tempatan negeri Sabah, dalam satu ceramah umum.

Ceramah tersebut dilangsungkan selepas Solat Maghrib di Masjid An Nur, Taman Putera Jaya Telipok bersama kariah dan penduduk sekitar taman tersebut.

Kuliah ini berkonsepkan bedah buku dimana penceramah menyampaikan pesanan & isi-isi penting yang terkandung dalam buku "Nasihat Al-Muluk & Etika Kepimpinan Belia Islam" karang beliau sendiri.
.
Beliau memberikan penekanan tentang pohon iman (10 akar keimanan & 10 ranting iman ) yang dinukilkan oleh Imam Ghazali dalam buku tersebut.
.
Turut hadir adalah Naib Yang Dipertua ABIM Sabah, Sdr. Abd Wahid Abd Razak.

#ABIMsarawak
#beliaSarawak
#ABIM

🌐 www.abimsarawak.org
FB: ABIM Negeri Sarawak

🤳🏻 Google Play Store: ABIM Sarawak







TAG