Kuching, 28 Ogos 2019: Sesi Libat Urus ERC di bawah Pejabat Perdana Menteri telah dilangsungkan di Kuching, Sarawak dengan kehadiran paling ramai penyertaan setakat ini iaitu hampir 200 orang terdiri daripada ADUN, pemimpin komuniti, aktivis parti-parti politik dan NGO dan pegawai kerajaan.
Sesi yang diadakan di Pustaka Negeri Sarawak itu bertujuan membincangkan penambahbaikan dalam sistem pilihan raya negara.
ABIM Sarawak diwakili oleh Mohammad Fazril Saleh (Setiausaha ABIM Sarawak) manakala WADAH Sarawak diwakili oleh Tuan Haji Raslie Sahran (Pengerusi WADAH Sarawak). Manakala PERKEPIS pula dihadiri oleh Mohd. Zul Haziq (Penolong Setiausaha Agung 1), Mohd Nur Syafiq (Exco Advokasi dan Sosial), Norshahida (Exco Dakwah dan Tarbiah) dan Amnizuhairah (Exco PERKEPISMA).
#ABIMsarawak
#ABIM
#ERC
Tiada ulasan
Catat Ulasan