ABIM Sarawak Sertai Bengkel "Time for a New Electoral System for Sarawak and Malaysia


Kuching, 27 Ogos 2019: ABIM Negeri Sarawak melalui Yang Dipertuanya Muhammad Hazim bin Azhari dan Exco Regenerasi Muhammad Zhariff bin Azhari.telah berperanserta dalam bengkel "Time for a New Electoral System for Sarawak and Malaysia", anjuran ENGAGE dan ENGAGE and Persatuan Daya Pemangkin Masyarakat (ROSE).
Bengkel yang dianjurkan pada 27 Ogos 2019 ini, bermula dari jam 06:00 petang hingga 10:00 malam. Berlangsung di Lot 10 Boutique Hotel, bengkel ini dibimbing CIk Wan Hua (Jurulatih ENGAGE).
Bengkel separuh hari ini adalah berkaitan dengan sistem parti dan sistem pemilihan (elektoral). Sebagai sebuah negara bangsa moden yang diduduki pemerintah negara Barat, kita mewarisi sistem "First-Past-The-Post (FPTP)" daripada British yang digunapakai selama 15 Pilhan Raya Umum Malaya/Malaysia sejak tahun 1955.
Para peserta daripada pertubuhan masyarakat sivil dan parti politik mendapati bahawa adalah penting untuk memahami dan menyertai debat berkenaan sistem elektoral daripada perspektif tempatan.
Bengkel latihan ini merangkumi tiga bahagian: (1) pengenalan ringkas tentang sistem elektoral utama; (2) Pilihanraya olok-olok di bawah empat sistem elektoral; (3) perbincangan tentang manfaat berpotensi kepada Sarawak dan Malaysia dengan perubahan sistem "First-Past-The-Post (FPTP)".





TAG