ABIM Sarawak Anjur Bicara Tanwir Kuliah Subuh Khas "Membangun Bangsa Berilmu"



Kuching, 08 September 2019: ABIM Negeri Sarawak dengan kerjasama Masjid Darul Ibadah, Kampung Semariang Lama, Kuching telah menganjurkan Bicara Tanwir dalam Kuliah Subuh Khas,dengan topik bicara "Membangun Bangsa Berilmu".

Bicara disampaikan oleh Tuan Radin M. Imaduddin Raden Abdul Halim, Pengerusi Yayasan Takmir Pendidikan Kebangsaan, bertempat di dewan Solat Masjid Darul Ibadah, Kampung Samariang Lama.

Pelbagai perkara dibahaskan dalam kuliah tersebut, termasuklah pembinaan budaya membaca dan budaya ilmu dalam kalangan masyarakat dan bagaimana Islam menggalakkan umatnya mencari ilmu.

Majlis turut dihadiri Pengerusi Masjid, Tuan Haji Awang Hambali Awang Hamdan, dan juga Pengerusi WADAH Negeri Sarawak, Tuan Haji Raslie bin Saharan.


🖥 www.abimsarawak.org
🤳🏻 www.facebook.com/abimnegerisarawak
📱011-61783206
📧 abimsasar@gmail.com









TAG