ABIM Sarawak Anjur Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak (2): Usaha Membangun Historiografi Islam Sarawak


Kuching, 04 Ogos 2018: ABIM Negeri Sarawak bersama-sama keluarga besar jamaah merangkumi Wadah Pencerdasan Umat Negeri Sarawak dan Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS) telah menganjurkan Seminar Menyingkap Sejarah Islam di Sarawak (2), bersempena Ijtimak Harakiy ke-3, berlangsung pada 14 September 2019, bertempat di Auditorium Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di sini.

Taklimat seminar disampaikan oleh Pengarah Seminar, Sdr. Awang Syazuan Shafiq bin Awang Jaya. Dalam ucapannya, beliau menyenaraikan objektif-objektif seminar yang disasarkan: 1) Membangkitkan semula wacana sejarah Islam di Sarawak; 2) Mengumpulkan maklumat-maklumat sedia ada tentang sejarah Islam Sarawak untuk kajian lanjut pada masa depan; 3).Membina rangkaian jaringan para pengkaji Islam di Sarawak; 4) Memperkenalkan beberapa aspek sejarah Islam di Sarawak kepada khalayak; 5) Memulakan langkah awal untuk pengkajian dan pendokumentasian sejarah Islam di Sarawak.

Ucaptama Seminar disampiakan oleh Tuan Haji Mohamad Raimi Ab Rahim, Presiden ABIM merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dengan topik “Islam di Alam Melayu: Pembentukan Masyarakat Skriptoria Melalui Jalur Keilmuan Islam”.

Manakala ucapan perasmian disampaikan oleh Ustaz Haji Zolkarnain Abidin, Timbalan Yang Dipertua YADIM.

Sesi Pembentangan Makalah pula diteraju oleh Sdr. Mohd Raufa Aminuddin Abd Raub. Tiga makalah dibentangkan dalam sesi ini. Pembentangan pertama bertajuk "Diaspora Arab dan Hadrami di Sarawak: Arab Hadrami Non Sayyid Berdasarkan Sumber Lokal di Kuching” dibentangkan oleh Encik Syed Rusydi bin Wan Yusop (ANSAB Sarawak).

Sesi Pembentangan Makalah kedua berjudul "Kearifan Lokal Melayu: Pemakmuran Sarawak dari Aspek Governans dan Kebudayaan” pula disampaikan oleh Encik Samsol bin Moshidi Bujang, dari Ikatan Graduan Melayu Sarawak (IGMS).

Manakala, Sesi Pembentangan Makalah yang ketiga bertajuk “Angkatan Ulama Sarawak: Transmisi Pembaharuan dalam Jaringan Keilmuan Global” disampaikan oleh Encik Mohammad Fazril bin Mohd. Saleh dari ABIM Negeri Sarawak.

Seramai lebih 300 orang peserta menghadiri seminar kali ini.


Kertas Pembentangan boleh dimuatturun di pautan berikut: http://www.abimsarawak.org/2019/09/makalah-seminar-menyingkap-sejarah.html

Video rakaman sesi pembentangan makalah bagi seminar ini boleh ditonton melalui pautan berikut:
https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/376214789726605/

dan https://www.facebook.com/ABIMNEGERISARAWAK/videos/670422670034057/

#IslamSarawak
#ABIMsarawak
#ABIM