ABIM Sarawak sebagai Pengucaptama dalam FGD Anjuran Dewan Masjid Indonesia KALBAR



Pontianak, 26 September 2019: Sdr. Mohammad Fazril Saleh, aktivis ABIM Sarawak yang juga merupakan Exco Tugas-tugas Khas (Penerbitan) ABIM Pusat telah diundang menyampaikan ucaptama dalam "Preliminary Session dan Focus Group Discussion: Pemberdayaan Ekonomi Ummat Berbasis Masjid" anjuran Dewan Masjid Indonesia Wilayah Kalimantan Barat, bertempat di Aula Masjid Raya Mujahidin, dekat sini.

Program yang berlangsung sepanjang hari itu disempurnakan perasmiannya oleh Wakil Gabenor Kalimantan Barat, Bapak Drs.H, Ria Norsan, merangkap Ketua Dewan Masjid Indonesia Pengurus Wilayah Kalimantan Barat.

Majlis yang bertujuan mencari solusi kepada pemberdayaan ekonomi umat di Kalimantan Barat dengan memanfaatkan institusi masjid ini dihadiri oleh kesemua wakil Dewan Masjid Indonesia dan para pengurus Masjid dan Surau daripada kesemua 14 Kabupaten seluruh Kalimantan Barat sejumlah lebih 200 orang.

Program bermula dengan ucapan sambutan oleh Dr. Haji Bustami dari Univerisiti Ujung Pandang (UNTAN), seterusnya perasmian oleh Bapak Drs H. Ria Norsan, disusuli dengan ucaptama dan pembentangan daripada Sdr, Fazril Saleh kemudiannya diiukiti dengan pembentangan oleh Bapak Munir.

Selepas itu, program berhenti rehat untuk solat Zohor dan makan tengahari, dilanjutkan semula setelahnya dengan Focus Group Discussion.

Para perwakilan tidak berkurang sedikit pun malah terus berperanserta dalam acara sehingga solat Asar dan pasca Solat Asar - menandakan bersungguh dan berharapnya mereka dalam menjayakan agenda ini.

#ABIMsarawka
#DMIPWKALBAR
#ABIM
#DMI







































































TAG