Belasungkawa: Perginya Pejuang Almarhum Dr. Aini bin Murni



Kuching, 25 September 2019: Seluruh kepemimpinan dan keluarga besar ABIM Negeri Sarawak merakamkan ucapan takziah buat keluarga Almarhum Dr. Aini bin Murni yang telah kembali ke Rahmatullah pada kira-kira jam 9.30 malam 25 September 2019 di kediaman beliau, dekat sini. Jenazah telah diuruskan dan disembahyangkan setelahnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Samariang Kuching.

Almarhum merupakan seorang aktivis dan mantan pimpinan ABIM Negeri Sarawak, Setiausaha ABIM Daerah Sarikei dan seorang doktor perubatan.

Al-Fatihah

"Semoga kedamaian dikurniakan kepada kalian, wahai para penduduk kampung Muslimin, sesungguhnya kami Insya Allah akan menyusul selepas ini bersama kalian”

“Semoga Allah merahmati saudara-saudara kami yang telah lebih dahulu menuju Perkampungan Barzakh & juga yang menyusul kemudian”

Innalillahi wainna ilayhi rajiun.

Selamat berangkat menghadap Pencipta,
Wahai pejuang yang banyak berjasa;
Tiap saat kami titipkan,
Doa yang tulus kami pohonkan;
Moga Tuhan kan selalu berkati,
Segala manfaat ilmu dan diri;
Di negeri akhirat negeri abadi,
Kami di sini menyusul nanti.





TAG