Kuala Lumpur, 26 September 2019: Dua orang aktivis muda ABIM Negeri Sarawak telah dipilh sebagai Ahli Parlimen Belia Malaysia 2019 setelah memenangi pertandingan sengit daripada calon-calon seluruh negeri Sarawak. Mereka adalah Muhammad Zhariff Azhari dan Mohd Zul Haziq Mohd Fadzli.
Pengumuman kemenangan mereka diperoleh secara rasmi pada 28 Ogos 2019. Kedua-dua mereka yang giat dalam aktiviti sosial juga merupakan pimpinan utama pertubuhan pelajar Islam peringkat negeri, Persatuan Kebajikan Pelajar Islam Sarawak (PERKEPIS).
Persidangan Parlimen Belia telah berlangsung pada 25 dan 26 September 2019, di Parlimen Malaysia - seminggu selepas mereka menerima watikah pelantikan Ahli Parlimen Malaysia daripada Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Tuan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Persidangan kedua pula akan berlangsung pada awal tahun hadapan.
Seluruh pimpinan dan keluarga besar ABIM Negeri Sarawak merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah atas kejayaan yang membanggakan ini!
#ABIM
#ABIMsarawak
#ParlimenBelia
Tiada ulasan
Catat Ulasan